Firman Allah bermaksud, ‘Sesungguhnya Allah tidak mengubah sesuatu kaum, sehingga kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka’

Allah swt dalam firmanNya ini memperkatakan tentang perubahan manusia yang sememangnya bersifat berubah. Namun Tuhan memberitahu bahawa manusia itu sendiri mesti berubah dulu. Hakikatnya perubahan manusia itu datangnya dari Tuhan juga. Tetapi disini Tuhan minta supaya manusia berubah dulu. Ini dengan maksud  lahiriah melalui kemahuan dan usaha lkhtiar bukan hakikat. Ertinya kalau manusia mahu berubah mesti ada kemahuan untuk berubah dan diusahakan menempuh jalan-jalan atau sebab musabab untuk berubah.

Kalau UMNO atau mana-mana bangsa atau siapa siapa saja mahu membuat perubahan, mestilah faham maksud sebenar Firman Allah diatas ini. Dihujung ayat itu Allah swt menuntut supaya, ‘Sehingga kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka.’ Maksudnya kalau mahu berubah mesti bermula dari mengubah apa yang ada dalam diri. Apa yang Tuhan maksudkan dengan ‘apa yang ada dalam diri?’ Yakni mengubah apa yang ada dalam diri manusia yang sifatnya berubah iatu tiga unsur, hati atau roh, akal dan nafsu.
Kalau UMNO tidak tahu yang perlu berubah itu ialah hati atau roh, akal dan nafsu, nescaya UMNO tidak akan berubah.

Kalau UMNO tahu bahawa yang mesti diusahakan berubah itu ialah roh, akal dan nafsu tetapi UMNO menolak atau tidak mahu menerima, nescaya UMNO tidak akan berubah.
Kalau UMNO tahu bahawa yang perlu berubah itu ialah roh, akal dan nafsu tetapi tidak tahu cara atau bagaimana atau kaedah mengubahnya nescaya UMNO tidak akan berubah.
Kalau dalam UMNO tiada pemimpin atau tiada siapa yang mampu membawa perubahan kepada roh, akal dan nafsu, nescaya UMNO tidak akan berubah.

a.     Berubahnya hati atau roh adalah dengan rasa bertuhan dan rasa kehambaan atau rasa takut dan cintakan Tuhan atau iman dan taqwa. Hati dipenuhi dengan sifat-sifat mahmudah, sifat-sifat positif. Bersih atau terhindar dari sifat mazmumah atau negatif.
b.     Akal pula mesti diisi dengan ilmu-ilmu yang benar, ilmu yang tepat, ilmu yang bermanfaat dan pengetahuan am merangkumi semua aspek.
c.     Nafsu pula mesti sentiasa bermujahadah agar sekurang-kurang mencapai nafsu mutmainnah. Lenyapkan nafsu rakus yang amat mudah dikuasai oleh syaitan.
Gabungan pengisian roh, akal dan nafsu inilah akan berlaku perubahan total. Hasilnya nanti UMNO akan benar-benar berubah. Kepimpinan, pembangunan dan kemajuan tidak akan terpisah dari kasih sayang dan akhlak yang mulia. Kalau ini tidak berlaku, UMNO akan terus ditolak oleh masyarakat.

Dalam Perhimpunan UMNO baru-baru ini bergema suara-suara yang mahukan perubahan. Bahkan gema perubahan itu disebut-sebut dimana saja ada UMNO dan merata dunia. Bila bercakap tentang perubahan maka Firman Allah swt diatas yang lazim digunakan. Hanya perbezaannya dalam terjemahan. Seringkali diterjemahkan begini, ‘Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah nasibnya sendiri.’ Tidak salah menterjemahkan dengan perkataan nasib biar pun tiada dalam matan asalnya kalimah nasib. Tidak pula salah, hanya kurang tepat dengan maksud dari kalimah asal Firman Allah tersebut. Namun demikian apabila dari terjemahan pun sudah kurang tepat sudah pasti akan jauh pula menyimpang dari maksud sebenar. Kesannya perubahan tidak akan berlaku.

(SELAMAT BERSUA KEMBALI SETELAH SAYA DIREHATKAN OLEH ALLAH SWT. DALAM TEMPOH HAMPIR TIGA BULAN KEBANYAKAN MASA SAYA HANYALAH BERADA DI KATIL DAN DI PUSAT DIALISIS, TERMASUK BEBERAPA HARI BERADA DIKATIL HOSPITAL. KESEMPATAN INI JUGA SAYA  MOHON MAAF TERHADAP EMAIL YANG SAYA TIDAK RESPON)

PEMERINTAHAN SAIDINA UMAR IBNU ABD AZIZ

Lim Guan Eng(LGE), pada peringkat awal menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, ada menyebut bahawa pemerintahan negeri mahu meniru model pemerintahan Saidina Umar Ibnu Abd Aziz(SUIAA). Membaca sejarah kejayaan SUIAA memang terasa keindahannya, Terutama bagi mereka yang melihat kejayaan SUIAA dalam aspek sosio-ekonomi. Sejarah memaparkan betapa zaman SUIAA itu rakyatnya aman damai, harmoni serta makmur. Pencapaian ekonomi yang amat dikagumi ialah tidak terdapat golongan rakyatnya yang layak menerima zakat, yang ditafsirkan miskin tegarnya 0%.

Keinginan dan cita-cita LGE amat elok dituruti serta menjadi idaman semua pemimpin. LGE tentunya ada sebab-sebab tersendiri yang mendorong beliau mengambil SUIAA sebagai model. Diantaranya mungkin beliau melihat ditengah-tengah kemajuan dan pembangunan yang pesat, manusianya tak habis-habis berkrisis. Gejala negatif pula berleluasa. Disamping itu miskin tegar juga amat ketara terselit dimana-mana, samada dikampung mahu pun dibandar. Pemimpin pula sudah bagitu lama bercakap untuk membenteras gejala sosial dan mahu mengatasi masalah miskin tegar. Namun hasilnya negara bertambah kaya, gejala sosial makin berkembang, manakala  proses mengatasi kemiskinan amat perlahan. Sedangkan memang dianggap ajaib kerana tempoh pemerintahan SUIAA hanya sekitar dua tahun sahaja.

Sekali lagi saya sebut disini bahawa cita-cita mahu menjadikan SUIAA sebagai model memang satu cita-cita yang amat baik. Memang mustahil untuk mencapai kesempurnaan seperti yang dicapai oleh SUIAA. ‘Better let than never’ ertinya sekurang-kurangnya LGE ada cita-cita untuk meniru sistem pemerintahan yang sudah terbukti berjaya. Namun terdapat rahsia kejayaan SUIAA yang amat jarang menjadi perhatian pengkaji sejarah iaitu:

1-     SIUAA adalah seorang mujaddid. Setiap Mujaddid adalah  wakil Tuhan dizamannya. Mujaddid juga adalah rasul lil Rasul dizamannya. Tuhan dan Rasulullah saw memimpin para Mujaddid. Mereka memiliki karamah yang luar biasa sebagai anugerah Allah swt. Kisah masyhur yang berlaku dizaman SUIAA ialah serigala dan kambing boleh bergurau senda. Bukankah itu adalah kuasa Tuhan yang mengawal hati haiwan ganas boleh berjinak dengan mangsannya sendiri. Kalau dikalangan manusia boleh juga dilojikkan yang manusia itu ada hati dan ada akal fikiran yang boleh menimbang baik dan buruk. Tetapi kalau haiwan ganas yang hidup dengan nafsu rakus mana lojiknya. Inilah yang dinamakan karamah.

2-     SIUAA pemimpin pilihan Tuhan, pada dirinya amat subur tanda-tanda kebesaran Tuhan sehingga dengan itu hati manusia amat mudah merasa bertuhan. Manusia amat mudah tertambat hati dan jinak hati kepada Tuhan. Terutamanya sifat pemurah dan penyayang. Pada diri Mujaddid itu merupakan pemimpin yang menjadi lambang perpaduan. Kasih sayangnya amat ketara. Hasilnya pemerintahan Mujaddid menjadikan seluruh rakyatnya sebagai satu keluarga. Semua golongan dalam masyarakat sangat mengutamakan Tuhan, utamakan syariat, berakhlak dan berdisiplin. Masing-masing menjalankan fungsi masing-masing dengan sebaik mungkin. Sesama rakyat keseluruhannya seperti adik beradik dan anak beranak. Kehidupan rakyat dalam satu negara penuh kasih sayang, tolong menolong, bela membela, sangat prihatin, saling ziarah menziarahi, jenguk menjenguk. Pemimpin sangat bertanggung jawab, ulama sangat mendidik, orang kaya menjadi bank kepada masyarakat yang memerlukan, golongan pekerja,buruh dan petani sangat sabar dan redha dengan kedudukan mereka.

3-     Apabila kehidupan seluruh rakyat dalam satu negara umpama satu keluarga, seperti adik beradik dan umpama anak beranak maka semua kehidupan masyarakatnya terbela. Selain masyarakat yang sangat bertaqwa itu memiliki kekayaan jiwa yang luar biasa, hingga merasa kaya dengan yang sedikit, manakala orang fakir dan miskin amat terbela, tiada yang terpinggir. Masyarakatnya lebih utama memberi, tiada yang meminta. Masyarakat fakir dan miskin mendapat pembelaan tidak formal dari masyarakat kelilingnya. Pembelaan tak formal  dari masyarakat keliling itu yang membuatkan orang fakir dan miskin merasa kaya hingga menolak pembelaan formal dari zakat.

Apa yang berlaku dizaman SUIAA itu adalah warisan dari zaman Rasulullah saw dan para Sahabat. Warisan yang telah dijanjikan oleh Allah swt kepada para Mujaddid. Janji Allah pasti berlaku. Warisan dari Rasulullah saw yang juga disebut sebagai sistem Tuhan. Satu sistem yang tegak diatas modal taqwa dan kasih sayang. Tuhan buka pintu berkat dari langit dan bumi. Sistem yang terbentuk dari sikap manusia yang cita-cita dan matlamat mereka adalah Tuhan. Maka Tuhan campur tangan dalam semua urusan, termasuk dalam menurunkan rahmat dan berkat kepada sekelian alam. Bukan sahaja manusia, haiwan, tumbuhan, cuaca, makhluk lahir dan ghaib turut mendapat rahmat dan berkat. Perasaan manusia bukan sahaja aman tenteram bahkan penuh kemakmuran. Semua orang memiliki kekayaan jiwa. Kerana kekayaan jiwa itulah maka orang yang berada suka memberi, sebaliknya yang tidak berada pula tidak suka menerima. Golongan miskin pun merasa kaya kerana kekayaan jiwa, betapalah golongan kaya dapat merasakan Maha Kayanya Allah swt. Mereka menjadi pemurah dan penyayang kerana mereka juga merasakan Tuhan Maha Pemurah dan Maha Penyang. Bolehkah LGE mencetuskan sistem Tuhan ini? Jawabnya tidak salah bercita-cita dan berusaha kearah itu. Namun sistem Tuhan mesti dibuat oleh orang Tuhan keran itu adalah janji Tuhan. LGE hendak laksanakan sistem Tuhan dalam masyarakat yang tidak memperdulikan Tuhan?

Namun satu harapan yang akan melegakan perasaan semua manusia kerana Tuhan ada menjanjikan bahawa sistem Tuhan itu akan berlaku sekali lagi bertaraf empayar sebagai satu rahmat besar dari Tuhan kepada semua manusia sebelum dunia dikiamatkan. Empayar yang dipimpin oleh Khalifah yang hak, yang ditunggu-tunggu iaitu Al Mahadi. Sebelum Al Mahadi didahului oleh sebuah Daulah Islamiyah yang juga di pimpin oleh Putera Bani Tamim. Inilah satu harapan besar kepada umat Islam yang sangat wajar ditunggu dan ditagih akan kedatangannya. Satu peristiwa yang sepatutnya ditagih dengan penuh harapan kepada Allah swt semoga kita termasuk kedalam golongan yang turut memberi sumbangan kepada kebangkitan Islam kali kedua yang dijanjikan oleh Allah swt. Semoga LGE termasuk kedalam golongan tersebut kerana beliau ingin melihat sistem yang dibawa oleh SUIAA ujud dizaman ini.

Alhamdulillah.. Buku "Bahagiakah Rumahtangga Anda?" hasil tulisan saya kini sudahpun berada di pasaran. Insya-Allah buku ini akan dijual sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ke-28 yang bermula hari ini 17 April 2009 dan akan berakhir pada Ahad 26 April di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Kepada peminat2 buku dan pengunjung setia Pesta Buku Antarabangsa PWTC setiap tahun, jangan lupa untuk bertandang ke gerai MPH di Booth 68-75 , Legar Putra, PWTC dan gerai YADIM di Booth A23-A24, bersebelahan pintu masuk utama Dewan Tun Razak, Tingkat 1, PWTC, untuk mendapat naskhah terbaru ini.

Walaubagaimanapun, kepada yang tidak berkesempatan ataupun yang ingin membuat tempahan buku ini melalui internet bolehlah membuat pesanan melalui email :
ustshuib@yahoo.com / fathusshudur@yahoo.com
atau hubungi@sms : 013-2518783 / 012-3671823

Harga istimewa kepada yang ingin membeli secara pukal ataupun borong. Buku ini amat sesuai untuk dibaca oleh seisi keluarga, yang belum ataupun sudah berkeluarga, boleh dijadikah hadiah ataupun bacaan bersama, sesuai untuk dijadikan bahan rujukan untuk kaunseling dan kursus keluarga bahagia. Moga-moga kita semua mampu melahirkan sebuah rumahtangga super yang menjadi role model di akhir zaman ini.

Kita berjumpa di Booth 68-75 Legar Putra atau Booth A23-A24 sebelah pintu masuk utama Dewan Tun Razak di tingkat 1, PWTC sempena KL Book Fair ‘09 nanti !


Tun Mahathir amat sayangkan bangsa dan negara. Orang lain pun sayang juga, tetapi tidak mendalam seperti rasa sayang yang dimiliki oleh Tun Mahathir. Oleh itu Tun Mahathir amat perlu berperanan dalam menyelesaikan masalah politik dalam negara kini. Amat sesuai dengan kedudukanya yang tidak berparti, maka peranannya akan lebih berkesan. Kedudukan tanpa parti itu memungkinkan Tun Mahathir  menjadi pendamai kepada semua pihak. Tanpa parti Tun Mahathir dilihat tidak bias kepada mana-mana pihak. Pandangan yang dilontarkan oleh Tun Mahathir sangat diambil perhatian oleh semua pihak bahkan dunia turut menerimanya. Pernah sebelum ini sepasukan wartawan Indonesia secara bergurau berkata, ‘Kalau boleh disewa, kami mahu menyewa Tun Mahathir untuk menjadi Presiden Indonesia.’

(-Ular oh ular mengapa engkau  makan katak?
-Aku makan katak sebab itu memang makanan aku.)

Situasi politik hari ini sudah  melalut. Sudah timbul bermacam-macam isu terutamanya di Perak. Antara BN dan PR nampaknya sudah semakin kusut. Berlaku sedikit jangkitan di Kedah dan di Selangor. Kita mungkin hanya melihat kepada situasi semasa, yakni apa yang sedang kita saksikan kini. Kita lupa bahawa keadaan yang semakin membarah kini hanyalah kesan lanjutan dari PRU12 dulu. Kini kita melihat akibatnya. Sepatutnya kita kena menoleh kepada faktor punca atau asal usul terjadinya.

Dalam Bangau oh Bangau, disebutkan natijahnya satu persatu terlebih dahulu hingga kadang-kadang terlupa kepada faktor puncanya terjadi. Ini kerana faktor punca kepada semua angkara itu di sebut paling akhir. Leher Bangau panjang, ikan tak timbul, rumput panjang, kerbau tak makan rumput, kerbau sakit perut, nasi mentah, api tak mahu hidup, kayu basah, hujan turun dan katak panggil hujan, ini semua adalah masaalah atau natijah. Punca kepada segala masalah itu ialah ular. Ular pula tidak boleh berbuat apa-apa kerana katak itu memang makananya. Ular tak dapat mengelak kerana itulah sifat ular iaitu makan katak. Sesuatu yang menjadi sifat semula jadi memang sukar untuk diungkai.

Melihat kepada berbagai situasi negatif yang berlaku dalam negara akhir-akhir ini, terutama dalam aspek politik kita kenalah menoleh kepada PRU12. Bermula dari penolakan rakyat kepada BN di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kelantan dan termasuk Wilayah persekutuan. Hanya Wilayah persekutuan tidak membentuk Kerajaan Negeri kerana tiada DUN. Wajar sekali kita melihat kepada faktor PRU12 kerana dari situlah ianya bermula. Tetapi nampaknya faktor itu tidak langsung diambil perhatian. Keadaan politik kusut ini masih belum nampak jalan penyelesaian. Tidak mustahil akan berlarutan, yang entah bila akan tamat secara tuntas. Perlu juga diingat bahawa rakyat umum semakin jelak dengan gelagat dan telatah orang politik yang asyik berkrisis. Rakyat umum semakin bosan dan meluat. BN berkuasa PR ganggu, PR berkuasa BN pula ganggu. Saling tunding menunding tidak berkesudahan yang masing-masing mendakwa bahawa merekalah dipihak yang benar.

Sebelum ini saya sudah ada menyebut bahawa menurut hemat saya, masyarakat kita dilanda keresahan. Bukan kecil atau besarnya isu, dan bukan juga ringan atau seriusnya sesuatu perkara, yang jelas adalah lebih kepada perasaan resah. Resah gelisah itu di zahirkan dalam bentuk demonstrasi. Tidak ada statistik dikeluarkan, namun kalau kita ingat dalam lima tahun terakhir ini amat banyak terjadinya demonstrasi terhadap berbagai isu. Kita memasuki tahun 2009 ini dengan hidangan lebih banyak demonstrasi. Kalau sebelum ini demonstrasi lazimnya dikaitkan sebagai budaya Parti Pembangkang, penduduk setinggan, pekerja atau buruh dan pelajar IPT. Tetapi kini budaya demonstrasi sudah berjangkit dan merebak kepada anggota Parti Kerajaan khususnya UMNO. UMNO menggunakan pendekatan  yang sama iaitu berdemonstrasi dalam isu Karpal Singh. Golongan yang bergelar intelek pun menganjurkan demonstrasi, contohnya dalam isu Bahasa Melayu. Agaknya apa lagi yang bakal kita saksikan seterusnya?

Mahu tidak mahu kita mesti mengakui bahawa kegelisahan masyarakat itu sudah tidak dapat dibendung. Undang-undang yang menghalang perhimpunan tanpa permit dan mengganggu ketenteraman awam sudah tidak dipedulikan. Ini kerana kegelisahan itu adalah sejenis perasaan. Perasaan kecewa, tidak puas hati, marah, geram, dendam, putus asa,  apabila sampai ketahap tidak dapat dibendung, manusia sanggup berbuat dan bertindak diluar batas. Bahkan manusia sanggup hingga keperingkat menggadai nyawa samada nyawanya semdiri atau nyawa orang lain atau kedua-duanya sekali. Menggadai nyawa sendiri seperti membunuh diri. Menggadai nyawa orang lain seperti berperang. Menggadai kedua-duanya sekali seperti meletuplan diri ditempat musuh. Inilah diantara kesan luahan perasaan yang memuncak. Maka demonstrasi merupakan salah satu cara luahan perasaan sederhana. Tetapi perlu diingat, kalau tidak diubati akan bertambah parah yang mungkin membawa akibat yang lebih teruk.

Banyaknya berlaku demonstrasi adalah tanda rakyat lemah jiwa, tidak kuat untuk menahan perasaan dalam berhadapan dengan masaalah. Bagi bangsa yang lemah jiwa atau berjiwa kerdil, satu masaalah dirasakan seolah-olah sepuluh masalah. Kalau berhadapan dengan sepuluh masalah dirasakan seolah-olah seratus masalah. Betapalah kalau menanggung seratus masaalah, lebih-lebih lagilah mudah kecewa dan putus asa. Bangsa yang memiliki kekuatan jiwa  atau berjiwa besar, seribu masalah dirasakan sebagai tiada masalah bahkan merasakan mendapat keuntungan dari setiap masalah.

Untuk melahirkan bangsa yang berjiwa besar dan kuat hendaklah dididik bangsa itu menjadikan Tuhan sebagai cita-cita dan matlamat hidup. Didik rakyat hingga mereka merasakan Tuhan segala-galanya, darah daging, hidup mati, lantas sangat mempromosi dan memperjuangkan Tuhan. Hasil dari memperjuangkan Tuhan akan lahirlah bangsa yang memiliki lima sifat yang juga merupakan syarat untuk bangsa itu berjaya.
1. Rajin dan bersungguh-sungguh.
2. Berani.
3. Sabar, tabah dan cekal.
4. Bertanggungjawab dan sangat berdisiplin.
5. Kreatif dan cerdik

Tuhan perintahkan manusia supaya takutkan Tuhan. Apabila manusia takutkan Tuhan secara otamatik manusia menjadi baik. Kebaikan manusia itu kembali faedah dan manfaatnya dikecapi oleh manusia. Semua manusia sukakan kebaikan. Kalau demikian memang amat perlu manusia dididik untuk takutkan Tuhan.

Tuhan perintahkan manusia supaya mencinai Tuhan. Apabila manusia mencintai Tuhan secara otamatik manusia hidup berkasih sayang. Semua manusia sukakan kasih sayang kerana ianya adalah fitrah semua manusia. Kalau begitu memang wajar diusahakan agar manusia mencintai Tuhan.

Jalan keluarnya adalah terletak ditangan pemimpin dan ulama dalam mendidik manusia bercita-cita Tuhan, takut dan cintakan Tuhan. Pemimpin dan ulama patut mengakui dan mesti bertanggungjawab. Pemimpin dan ulama tidak boleh berlepas tangan atau membiarkan sahaja, atau berpuas hati dengan keadaan rakyat dalam keadaan lemah jiwa, keluh kesah dan gelisah. Dalam keadaan lemah jiwa, keluh kesah dan gelisah inilah rakyat merasakan mereka tidak terbela dan tiada tempat mengadu. Sebenarnya bukan besar sangat persoalan masalah yang dihadapi itu, tetapi seolah-olah masalah rakyat tidak dipedulikan. Apa akan terjadi? Akhirnya nanti orang politik akan ditolak oleh rakyat. Raja-Raja mempunyai hak untuk memberi kuasa kepada siapa sahaja, walaupun bukan orang politik, asalkan dapat mendamaikan suasana negara dan Rakyat.

Rasulullah saw ada menyebut dalam Hadis Baginda dengan maksud, ‘Dua golongan apabila baik maka baiklah rakyat iaitu Umara Dan Ulama.’

Dan dalam Hadis lain Rasulullah menyifatkan para pemimpin itu, ‘Penghulu kepada satu kaum itu adalah khadam kepada kaumnya.’

Dalam Hadis pertama bagi orang Melayu pemimpin dengan rakyat diumpamakan kayu dengan bayangnya. Kayu yang lurus sudah pasti bayangnya lurus. Kalau bayangnya bengkok, tanpa melihat kayunya sudah tahu bahawa kayunya bengkok.  Untuk melahirkan rakyat cita-cita dan matlamatnya Tuhan, memperjuangkan Tuhan, takut dan cintakan Tuhan, maka pemimpin dan ulama mestilah dari kalangan yang begitu sifatnya. Sekarang ini apa yang terjadi memperlihatkan rakyat tidak mempedulikan Tuhan atau meminggirkan Tuhan adalah disebabkan pemimpin dan ulama yang memang tidak mempedulikan Tuhan atau meminggirkan Tuhan. Pemimpin dan ulama tidak membawa Tuhan bersama atau tidak membawa Tuhan campur tangan dalam segala urusan hidup.

Dalam Hadis kedua pula Rasulullah saw maksudkan bahawa pemimpin adalah orang yang sangat berkhidmat kepada rakyat. Khidmat disini janganlah pula melihat dalam aspek lahiriah semata-mata. Biar pun dalam realitinya tuntutan lahiriah itu belum sempurna namun usaha kearah itu sentiasa dibuat. Apa yang tercicir ialah khidmat dalam memenuhi tuntutan rohaniah dan maknawiayah rakyat. Sedangkan kalau selesai aspek rohaniah rakyat, akan membawa kepada kesan yang lebih positif. Rakyat perlukan pemimpin umpama Saidina Umar Bin Ibnu Abd Aziz yang mempunyai karamah dan berkat. Dizaman pemerintahan Saidina Umar Ibnu Abd Aziz, bukan sahaja rakyatnya berkasih sayang, bahkan kambing dan serigala pun boleh bergurau senda. Tiada rakyatnya yang layak menerima zakat, bukan semata-mata semuanya kaya harta, bahkan golongan fakir pun merasai tidak layak menerima zakat. Ini kerana mereka memiliki kekayaan jiwa hingga miskin pun dirasai kaya lantas menolak zakat. Golongan miskinnya merasai tidak layak menerima zakat kerana sangat berpuas hati dengan apa yang dimiliki. Zaman ini bukan sahaja golongan miskin keluh kesah dan menderita hingga meminta-minta, golongan kaya pun turut merasai miskin serta merasa tidak cukup. Mereka turut mencari peluang untuk memperolehi zakat. Sebab itu orang kaya zaman ini rata-rata kedekut dan tamak. Zaman Saidina Umar Ibnu Abd Aziz, hasil dari karamah dan berkat, luntur hati rakyat untuk melakukan maksiat. Gejala sosialnya sangat minima. Tanamannya subur dan banyak mengeluarkan hasil. Binatang ternakan sangat membiak. Cuaca sangat terkawal seolah-olah ada thermostat sehingga tiada kepanasan yang melampau hingga kemarau. Dan tiada juga hujan yang melampau hingga mengakibatkan banjir. Inilah maksudnya pemerintahan yang mendapat bantuan dan pertolongan Allah swt hasil dari ketaqwaan Saidina Umar Ibnu Abd Aziz.

Kalau rohaniah rakyat selesai, kekurangan, cacat cela dan sedikit terabai dalam aspek material dengan mudah dapat diatasi. Ini kerana jiwa rakyat sudah kuat , baik dan sangat mudah menerima seadanya. Kalau sedikit tak puas hati pun mampu dipendam tanpa perlu diluahkan. Lebih-lebih lagi tidak akan sampai meluahkan perasaan secara terbuka melalui demonstrasi. Ini termasuk akan lahirlah rakyat yang berkasih sayang, berlapang dada, bertolak ansur. Lahirlah rakyat yang bersedia untuk berbeza pendapat, mudah berunding, boleh bermuafakat, sepakat dan seia sekata. Natijahnya lahirlah rakyat yang memiliki perpaduan yang utuh dan kukuh. Keadaan ini hanya akan terjadi bermula dari pemimpin dan ulama yang benar takut dan cintakan Tuhan dan sangat memperjuangkan Tuhan. Sekaligus sangat membawa kasih sayang kepada rakyat. Sangat menyelamatkan, sangat membela dan sangat menghiburkan. Inilah sifat pemimpin yang perlu ada untuk menjadikan negara yang aman makmur dan mendapat keampunan Allah. Nescaya rakyat tidak lagi resah dan demonstrasi tidak akan berlaku lagi.

Cukup sudah! Sebelas bulan sudah memadai untuk PR di Perak. Memadai untuk membuatkan PR perlu bermuhasabah. Belum pun mendapat kuasa Kerajaan Pusat, diperingkat negeri pun PR terlalu menonjolkan banyak kelemahan dan kegagalan. Bermain gasing pangkah memang mudah. Samada yang memangkah atau yang kena pangkah, siapa pihak yang  gasingnya bepusing dan akhir sekali mati dialah yang menang. Kalau dia pihak yang kena pangkah dan menang maka dia pula mengambil giliran memangkah. Sedangkan berkuasa dan memerintah rakyat tidak semudah bermain gasing pangkah itu. Kini PR kena buat muhasabah.

1. Apa agenda PR di Perak. Agenda yang tersusun, realistik dan praktikal. Agenda yang benar-benar dapat memenuhi keperluan seluruh rakyat negeri. Bukan awal-awal lagi kelihatannya sekadar mahu memenuhi keinginan satu-satu pihak sahaja. Kalau pun alasannya masih baru, itu semua orang boleh terima. Namun apa yang rakyat mahukan ialah dapat melihat sekurang-kurangnya secara atas kertas atau tiori terlebih dulu.

2. Majoriti rakyat Perak adalah orang Melayu beragama Islam. Bekas MB Perak dari PR adalah anggota PAS. Cuba toleh kembali apa kepentingan majoriti rakyat ini yang hendak dipenuhi. Bekas MB Perak dari PAS ini sepatutnya sebaik mendapat kuasa belajar dari pengalaman PAS di Terengganu ketika berkuasa dinegeri tersebuat suatu ketika dulu. Ajaran Islam yang begitu banyak dan luas dalam berbagai aspek, yang paling ditonjolkan waktu itu ialah satu aspek ranting yang bersifat terpencil iaitu Kharaj. Di Perak persoalan geran tanah kepada segelintir rakyat yang nampaknya lebih menonjol. Manakala untuk majoriti rakyat masih belum nyata diperkatakan.

3. Apabila memerintah dan berkuasa, kedudukannya waktu itu adalah pemimpin kepada semua rakyat dan bukan pemimpin kepada ahli parti. Memenuhi keperluan bagi semua rakyat adalah tuntutan paling utama. Bahkan sebagai anggota parti yang memerintah sewajarnya perlu lebih banyak berkorban perasaan dan berkorban kepentingan demi rakyat umum. Nampaknya PR tiada bezanya dengan BN yang mengutamakan anggota parti.

4. Sebelum ini PR disifatkan sebagai, ‘A Bridge Too Far,’ Untuk menjadi alternatif kepada BN banyak persiapan yang perlu dibuat, disini ingin disentuh dua aspek:                                                      

a. Team Kepimpinan. Hingga kini belum nampak siapa tokoh-tokoh yang menonjol dalam kepimpianan PR. Sebanyak mana kementerian, MB, Exco, Duta sudah disediakan. Setiap isu akan disambut oleh calon menteri dalam PR dan akan turut menlontarkan pandangan dan idea bernas menurut dasar yang ada dalam PR.
b. Ada orang yang dilahirkan bersifat dan bersikap kontradik. Yakni suka membangkang pihak lain.                    Dia  hanya melihat idea dan kerja orang lain dalam keadaan dia sendiri tiada idea dan kurang bekerja. Apakah PR dari kalangan yang hanya membangkang sahaja tapi idea yang kalau pun ada tidak lebih baik dari BN. Kalau begitu, PR tidak perlu berkuasa. Kecuali PR ada sistem tersendiri yang tentunya jauh berbeza dan jauh lebih baik dari sistem yan sedia ada.

Kategori

Arkib

Tetamu Datang Membawa Rahmat

Tetamu Era Timur

Tetamu Dari Mana?